Friday, October 18, 2013

Seloka 5K2

Sawadikap pembuka bicara,
Mai nak habaq satu cerita,
5K2 punya angkara,
Dianggap cikgu intan ‘permata’.

18 orang giler belaka,
12 aweks, 6 pakwe,
Cun dan hensem tak tau nak kate,
Bile berjumpa pecah dunia.

Presiden kami kurus melidi,
Sekali pandang boleh lupa diri,
Kekadang hepi, kekadang crazy,
Itulah Chem, pelik sekali.

Jangan diusha nanti disepak,
Terkena sepak sampai ke Perak,
Amy datang dari Setapak,
Study kuat result gempak.

Panggilan kakak sudah sebati,
Paling tua dikalangan kami,
Kalau bercakap payah nak henti,
Aisyah datang perkenalkan diri.

Jaga-jaga ceti dah datang,
Ceti dari negeri Pahang,
Jangan dimain mengenai hutang,
Siapa tak bayar Acap lempang.

Bila dengar suara bermadah,
Lemak lunak begitu indah,
Berhenti burung telinga dimadah,
Budak Si Hani nyanyi tak sudah.

Sakitnya tekak terhantuk papan,
Papan diketuk berulang-ulang,
Gadis pingitan Negeri Sembilan,
Ama Ramli member gemilang.

Tiba giliran si jejaka ‘hensem’,
Cik Abang Aiman Nampak ‘macho’,
Kadang celik kadang pejam,
Tapi result tak pernah K.O.


Dari Sabah datang ke mari,
Suka belajar sambil menyanyi,
Badan kecil kuat berlari,
Olen comel tidak terperi.

Nampak senyap kecoh rupanya,
Berleter macam si nenek tua,
Kalau tak kenal tak tahu perangainya,
Si gadis manis Ina Azmi namanya.

Bermata empat tampan sekali,
Dari Johor import kemari,
Otak geliga bijak bestari,
Itulah Faiz empunya diri.

Bila berjalan sokmo berlenggang,
Kerana dia selalu bergaya,
Cermin dan kosmetik tak pernah lekang,
Itulah dia Azra bergaya.

Orangnya comel bercermin mata,
AJK Tok Tek gelaran diberi,
Menyakat orang jadi kerjanya,
Itulah Mai empunya diri.

Dari Sarawak datangnya dia,
Tercampak pula di 5K2,
Liew Nyan Fatt itulah dia,
Ex-presiden kelas jawatan tersedia.

Sos kicap, sos tiram,
Setiausaha kelas jawatan disandang,
Setiausaha asrama dia juga taram,
Jessy ‘the magic mirror’ kelas tersayang.

Kecil molek cute mukanya,
Berkawan rapat dengan Nabila Amira,
Nak kata pemalu tidaklah pula,
Siapa Elena? Itulah orangnya.

Orangnya peramah suka berjenaka,
Bila melawak satu kelas ketawa,
Kalau pandai cubalah teka?
Siapa lagi, Zahwanlah orangnya.

Orangnya berspek warak sekali,
AJK Keselamatan jawatan yang ada,
Itulah Ain Ali empunya diri,
Kenapa? Tak percaya ke?

Kononnya ayu, kononnya baik,
Gitulah Jay kat Kelas Dua,
Bile kat asrama lain la pulak,
Riuh seblok, gitulah dia.


Sekian sahaja daripada saya
Andai terasa maafkan saya
Ini hanya gurauan sahaja
Buat kenangan kita semua..

Tak pernah terlintas kenal awak semua
Tapi, itulah pengalaman paling berharga
Semoga awak semua sentiasa berjaya

Semoga ukhuwah kita kekal ke syurga..