Sawadikap pembuka
bicara,
Mai nak habaq
satu cerita,
5K2 punya
angkara,
Dianggap cikgu
intan ‘permata’.
18 orang giler
belaka,
12 aweks, 6
pakwe,
Cun dan hensem
tak tau nak kate,
Bile berjumpa
pecah dunia.
Presiden kami
kurus melidi,
Sekali pandang
boleh lupa diri,
Kekadang hepi,
kekadang crazy,
Itulah Chem,
pelik sekali.
Jangan diusha
nanti disepak,
Terkena sepak
sampai ke Perak,
Amy datang dari
Setapak,
Study kuat result
gempak.
Panggilan kakak
sudah sebati,
Paling tua
dikalangan kami,
Kalau bercakap
payah nak henti,
Aisyah datang
perkenalkan diri.
Jaga-jaga ceti
dah datang,
Ceti dari negeri
Pahang,
Jangan dimain
mengenai hutang,
Siapa tak bayar
Acap lempang.
Bila dengar suara
bermadah,
Lemak lunak
begitu indah,
Berhenti burung
telinga dimadah,
Budak Si Hani
nyanyi tak sudah.
Sakitnya tekak
terhantuk papan,
Papan diketuk
berulang-ulang,
Gadis pingitan
Negeri Sembilan,
Ama Ramli member
gemilang.
Tiba giliran si
jejaka ‘hensem’,
Cik Abang Aiman
Nampak ‘macho’,
Kadang celik
kadang pejam,
Tapi result tak
pernah K.O.
Dari Sabah datang
ke mari,
Suka belajar
sambil menyanyi,
Badan kecil kuat
berlari,
Olen comel tidak
terperi.
Nampak senyap
kecoh rupanya,
Berleter macam si
nenek tua,
Kalau tak kenal
tak tahu perangainya,
Si gadis manis
Ina Azmi namanya.
Bermata empat
tampan sekali,
Dari Johor import
kemari,
Otak geliga bijak
bestari,
Itulah Faiz
empunya diri.
Bila berjalan
sokmo berlenggang,
Kerana dia selalu
bergaya,
Cermin dan
kosmetik tak pernah lekang,
Itulah dia Azra
bergaya.
Orangnya comel
bercermin mata,
AJK Tok Tek
gelaran diberi,
Menyakat orang
jadi kerjanya,
Itulah Mai
empunya diri.
Dari Sarawak
datangnya dia,
Tercampak pula di
5K2,
Liew Nyan Fatt
itulah dia,
Ex-presiden kelas
jawatan tersedia.
Sos kicap, sos
tiram,
Setiausaha kelas
jawatan disandang,
Setiausaha asrama
dia juga taram,
Jessy ‘the magic
mirror’ kelas tersayang.
Kecil molek cute
mukanya,
Berkawan rapat dengan
Nabila Amira,
Nak kata pemalu
tidaklah pula,
Siapa Elena?
Itulah orangnya.
Orangnya peramah
suka berjenaka,
Bila melawak satu
kelas ketawa,
Kalau pandai
cubalah teka?
Siapa lagi,
Zahwanlah orangnya.
Orangnya berspek
warak sekali,
AJK Keselamatan jawatan
yang ada,
Itulah Ain Ali
empunya diri,
Kenapa? Tak
percaya ke?
Kononnya ayu,
kononnya baik,
Gitulah Jay kat
Kelas Dua,
Bile kat asrama
lain la pulak,
Riuh seblok,
gitulah dia.
Sekian sahaja daripada saya
Andai terasa
maafkan saya
Ini hanya gurauan
sahaja
Buat kenangan
kita semua..
Tak pernah
terlintas kenal awak semua
Tapi, itulah
pengalaman paling berharga
Semoga awak semua
sentiasa berjaya
Semoga ukhuwah
kita kekal ke syurga..